13 Jan 2012
Sistem Kehadiran Pelajar Online
SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH atau SPS adalah Sistem yang memudahkan para guru dan pihak pengurusan dalam melakukan kerja harian disekolah. Disamping meningkatkan penggunaan atau pengetahuan para murid dalam bidang ICT. Untuk itu, sebagai langkah kedua selepas penggunaan Aplikasi RPH dalam SPS, Kini Pihak sekolah melancarkan pula aplikasi kehadiran secara online dalam SPS. Caranya hanya Guru Kelas / Guru Kelas Kedua menanda kehadiran secara online di SPS, hasilnya setiap hari dan setiap akhir bulan, kiraan purata kehadiran, jumlah tidak hadir, sebab tidak hadir yang biasanya ditanda di Buku Kedatangan Pelajar akan juga dicatat dalam SPS dan memudahkan kerja pengurusan kelas diakhir bulan. Harapan semoga semua memberi kerjasama agar dapatlah Aplikasi Bestari dilaksanakan, sebarang masalah sila hubungi GPB / Cikgu Musa. ---Pengetua.
|